Ma'ruf Amin
Ma'ruf Amin

Ma'ruf Amin

Ma'ruf Amin (lahir 11 Mac 1943) ialah seorang ahli politik Indonesia, ulama Islam dan pensyarah yang kini merupakan Naib Presiden Indonesia ke-13.[1] Berusia dekat 77 tahun apabila dilantik, beliau merupakan naib presiden Indonesia yang paling tua memegang jawatan.Beliau ialah pengerusi tidak aktif Majlis Ulama Indonesia (Majelis Ulama Indonesia, atau MUI).[2] Pada 9 Ogos 2018, Presiden Joko Widodo mengumumkan bahawa Ma'ruf akan menjadi teman bertanding semasa pilihan raya presiden Indonesia 2019. Berikutan pencalonannya, beliau meletak jawatan sebagai Pemimpin Agung (rais 'aam syuriah) Nahdlatul Ulama (NU), organisasi Islam terbesar di dunia.

Ma'ruf Amin

Lahir (1943-03-11) 11 Mac 1943 (umur 76)
Tangerang, Hindia Timur Jepun
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • ulama Islam
  • pensyarah
Dikenali kerana Pemimpin Sekolah Asrama An Nawawi Tanara, Kabupaten Serang
Didahului oleh Mustofa Bisri
Ibu bapa
  • Mohamad Amin (bapa)
  • Maimunah (ibu)
Pasangan Siti Churiyah (k. 1964; m. 2013)
Wury Estu Handayani (k. 2014)
Digantikan oleh Miftachul Akhyar
Parti politik Bebas (2011–kini)
Sekutu gabunganpolitik lain
  • PPP (1973–1998)
  • PKB (1998–2006)
  • PKNU (2006–2011)
Anak-anak 8
Presiden Joko Widodo
Pendidikan
Kediaman Koja, Jakarta